Catatan

Stres Semasa PKP?

PKP datang lagi. Sekarang dah jadi PKP 3.0. Ramai yang susah hati, risau, stres, pening, buntu fikiran, putus asa dan sebagainya. Malah, apa yang lebih membimbangkan, ada juga mereka yang hilang arah tuju hingga sampai sanggup membunuh diri.  Bila pendemik COVID-19 ni dah semakin meningkat, maka kerajaan pun terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan PKP untuk mengawalnya. Bila dah PKP, maka ramailah yang susah.  Stres kerana PKP, memang susah untuk dielakkan. Mau tak mau, hidup mesti diteruskan. Di sini, saya nak kongsikan beberapa panduan asas kesihatan mental untuk dapat terus bertahan menghadapi cabaran PKP ini: A. Ketahui fakta Kebiasaannya otak mudah tertekan dan terganggu apabila menghadapi situasi yang tidak diketahui dan tak pasti seperti Covid-19. Fakta diperlukan supaya otak boleh merancang, bersedia dan menyelesaikan masalah, namun perlulah merujuk sumber yang dipercayai serta tepat terutamanya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organisation (