Stres Semasa PKP?

PKP datang lagi. Sekarang dah jadi PKP 3.0. Ramai yang susah hati, risau, stres, pening, buntu fikiran, putus asa dan sebagainya. Malah, apa yang lebih membimbangkan, ada juga mereka yang hilang arah tuju hingga sampai sanggup membunuh diri. 

Bila pendemik COVID-19 ni dah semakin meningkat, maka kerajaan pun terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan PKP untuk mengawalnya. Bila dah PKP, maka ramailah yang susah. 

Stres kerana PKP, memang susah untuk dielakkan. Mau tak mau, hidup mesti diteruskan. Di sini, saya nak kongsikan beberapa panduan asas kesihatan mental untuk dapat terus bertahan menghadapi cabaran PKP ini:

A. Ketahui fakta

Kebiasaannya otak mudah tertekan dan terganggu apabila menghadapi situasi yang tidak diketahui dan tak pasti seperti Covid-19.

Fakta diperlukan supaya otak boleh merancang, bersedia dan menyelesaikan masalah, namun perlulah merujuk sumber yang dipercayai serta tepat terutamanya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organisation (WHO).

B. Tumpu kepada maklumat yang ingin diketahui untuk tindakan berikutnya

Atasi pemikiran negatif dengan memperoleh maklumat tepat untuk melakukan aktiviti berfaedah.

Buat senarai tugas kerana tindakan ini mampu membuatkan rasa lebih bertenaga dan selamat.

C. Rutin

Cara terbaik untuk kekal tenang dan berfokus ialah mengekalkan rutin harian seperti bersenam, makan, membaca buku dan tidur.

Aktiviti ini dapat mengelakkan kebosanan, keresahan dan berfikir secara berlebihan.

D. Menapis maklumat

Pilih maklumat yang berkualiti dan diperlukan saja bagi mengelakkan terdedah kepada maklumat tidak tepat yang akhirnya mengganggu emosi.

E. Hubungan sosial

Memperkukuhkan hubungan sosial dengan ahli keluarga dan rakan kerana ia dapat mengurangkan tekanan sekali gus meningkatkan tahap kesihatan.

Hubungan ini boleh dipereratkan menerusi panggilan telefon dan komunikasi menggunakan Internet.

F. Badan dan minda sihat

Tidur mencukupi, diet yang sihat dan senaman adalah penting untuk menguatkan sistem imun badan bagi menghalang tekanan dan gangguan kebimbangan.

G. Ketenangan

Melakukan aktiviti yang memberikan ketenangan sama ada menerusi senaman pernafasan, mendengar muzik, memasak, berkebun dan sebagainya kerana dapat mengurangkan tekanan serta berasa lebih tenang.

H. Aktiviti Kerohanian

Kehidupan yang penuh cabaran memerlukan kita meminta pertolongan. Pertolongan yang kita perolehi ada kalanya terbatas dan tidak mencukupi. Di sinilah peranan kerohanian yang mengajar kita erti kehidupan, berusaha, beribadat dan berdoa demi mengharapkan pertolonganNya. 


Semoga bermanfaat. 

Sila kongsikan pendapat anda pada komen di bawah. Terima kasih. 


Ulasan